Jikji yang berada di Perancis Jikji

Kebanyakan orang Korea menganggap bahawa Jikji telah dibawa ke Perancis oleh orang Perancis pada Byonginyangyo yang berlaku pada tahun 1866 tetapi sebenarnya ia tidak benar. Pada tahun 1800-an Joseon telah mengadakan hubungan dan perjanjian dengan beberapa negara barat, dan pada tahun 1886, perjanjian ‘Jobulsuhotongsangjoyak’ telah dibuat bersama dengan Perancis.

Di bawah perjanjian ini, wakil jemputan Perancis iaitu Victor Collin de Plancy telah dihantar ke Korea. Beliau juga pernah bertugas di China dan Jepun dan sangat gemar mengumpul barang-barnag antik. Tidak dinyatakan pula bagaimana beliau dapat memiliki Jikji tetapi menurut buku bibliografi yang ditulis oleh Maurice Courant pada tahun 1901, Victor Collin sudah memiliki Jikji pada tahun 1900-an.

Pada tahun 1911, Jikji telah dilelong di Hotel Drouot dan dibeli oleh pengumpul barang-barang antik Henry Vever dengan harga 180 franc. Pada tahun 1950, Henry kemudian mewasiatkan barang-barang tinggalannya didermakan ke Perpustakaan Awam Perancis termasuk Jikji.

Jikji hanya tersimpan di rak buku selama beberapa tahun di Perpustakaan Awam Perancis sehinggalah seorang profesor Korea dalam bidang Korea yang mula bekerja di perpustakaan itu pada tahun 1967 menjumpainya. Sebenarnya profesor itu tidak ada pengetahuan dalam bidang percetakan tetapi setelah membuat penyelidikan selasa 3 tahun, beliau mendedahkan bahawa ia adalah salinan dari proses cetak logam mudah-alih. Beliau juga mempamerkan Jikji pada pameran ‘Buku’ di Perpustakaan Awam Perancis bersempena dengan ‘Tahun Buku Sedunia oleh UNESCO. Dengan ini Jikji menjadi terkenal di seluruh dunia. Selama pameran itu diadakan, ramai sarjana sejarah meneliti Jikji dan Jikji diiktiraf sebagai salinan cetak logam mudah-alih yang paling lama di peringkat antarabangsa.